Friday, 28 February 2014

Resepi Nasi Arab

Resepi Nasi Arab - Kepopularan Nasi Arab di Malaysia sudah tidak dapat disangkal lagi pabila berlaku pertumbuhan pesat kedai nasi arab yang diumpamakan seperti cendawan selepas hujan di negara ini. Nasi arab seperti yang kita maklum asalnya datang dari negara-negara timur tengah, maka daripada negara-negara tersebut terhasillah resepi nasi arab yang pelbagai jenis serta namanya yang unik mengikut citarasa dan cara pembuatannya.

Nasi Arab antara kandungan utamanya adalah nasi (beras basmathi) beserta lauknya samada daging kambing/lembu atau ayam. Antara resepi nasi Arab yang terkenal serta menjadi pilihan dan penggemar nasi arab:

Nasi Arab Mandi:
Asal makanan tradisi masyarakat daripada Hadhramaut, Yaman.

Nasi Arab Maqluba:
Asal makanan tradisi daripada negara Palestin.

Nasi Arab Machboos (pedas):
Makanan masyarakat Bahrain

Nasi Arab Kabsa (Kabbsa/Kabseh):
Asal makanan dari Arab Saudi

Nasi Arab Kabli:
Kalau tak silap admin, berasal dari Afghanistan.

dan pelbagai lagi nama-nama nasi arab mengikut resepi pembuatnya.

Melalui artikel ini sekadar edisi pertama pengenalan nasi arab, dan insya-Allah Admin akan kongsikan satu persatu resepi nasi arab seperti yang admin senaraikan di atas serta resepi tambahan yang lain dalam artikel yang akan datang.

Jadi sila bookmark blog ini di pelayar web (browser) anda ataupun like Facebook Fanpage Resepi Nasi Arab seperti yang tertera di sidebar sebelah kanan blog.

Video, selain daripada artikel resepi, Admin akan kongsikan juga video cara pembuatan jika ada kelapangan, video itu nanti admin akan upload di Channel Youtube Resepi Nasi Arab (dijemput subscribe).

Sekadar ini dahulu untuk kali ini, semoga perkongsian maklumat di atas berguna buat anda. Jumpa lagi di artikel seterusnya nanti.